Faizal RIza. Powered by Blogger.
RSS
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Followers

Monday, July 19, 2010

Salam Perkenalan Pembuka Bicara

Categories:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Apa Khabar anda sekarang? harap sihat-sihat selalu bersama dengan orang yang tersayang.

Hari ini merupakan hari pertama saya mencipta blog ini dan saya amat berharap blog ini akan dikunjungi oleh ramai pelawat dan diminati ramai...("biasalah tu..nak minta sokongan sahaja! hehehe")

Apa yang hendak saya ceritakan hari ini adalah cerita-cerita tentang saya seharian. Samada berkaitan tugas ataupun hobi atau apa-apa sahaja yang ada kaitan secara langsung ataupun tidak dengan kehidupan saya seharian.

Seperti orang lain juga yang ada rutin harian mereka sendiri, saya juga pun ada juga rutin harian tetapi saya tiada diari seperti sesetengah orang buat sebab saya tak suka menulis apatah lagi nak mengadap pen setiap masa. Salah satu hobi saya seperti inilah iaitu berblogging seperti blogger-blogger yang lain tetapi saya ini tiadalah hebat mana pun...sekadar untuk berlajar dan mencuba sesuatu yang baru.

Seperti hari ini juga saya juga bermain badminton pada setiap hari Ahad dan Selasa pada waktu malam. Apa yang seronoknya bermain badminton ini, kita dapat keluarkan peluh sentiasa sambil dapat mempraktikan bakat yang terpendam walaupun saya ini tiada bakat langsung bermain. hehehehe Satu malam sewa dewan sahaja RM10, belum lagi duit bola tangkis yang saya gunakan untuk bermain. Kadang-kadang itu, rajin pula tali raket putus. Boleh dikatakan hampir setiap bulan nak kena string tali baru. Lepak tu beb.....

Buat masa ini...apa yang ada saya coretkan sudah memadai untuk tatapan sementara pelayar internet yang berkunjung ke blog saya ini... Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca coretan pendek saya ini.

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

1 Response to Salam Perkenalan Pembuka Bicara

July 19, 2010 at 12:25 PM

tu jer ke storynyer?? lagi2...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails