Faizal RIza. Powered by Blogger.
RSS
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Followers

Saturday, July 24, 2010

Catur adalah permainan saya sejak kecil

Categories:

Catur merupakan sebuah permainan yang menguji minda kita menyusun strategi tipu muslihat, menyerang dan bertahan. Jika kita masih baru didalam permainan ini, mungkin kita perlukan banyak perlawanan untuk mempelajari strategi penyusunan buah catur dan mencari kedudukan menyerang yang tidak dijangka oleh pihak lawan. Kadangkala permainan ini mampu membuatkan kita hilang kawalan dalam menyusun buah untuk menyerang sehingga kita terpaksa melarikan buah-buah catur penting ke tempat yang kita rasakan sesuai dan selamat.

Kita berbalik semula pada tajuk cerita saya kembali.... Saya mula bermain catur sejak berumur 14 tahun lagi. Tetapi, seperti pemain-pemain lain yang baru menjejakkan kaki ke dunia percaturan ini pasti akan kerap mengalami kekalahan yang teruk dan sentiasa gagal untuk menyerang buah catur pihak lawan. Boleh dikatakan hampir beratus kali juga saya tewas. Kekalahan itu tidak membuatkan saya berputus asa atau pun bosan untuk bermain. Daripada setiap perlawanan yang kalah itu, saya melihat bagaimana pihak lawan menyusun dan menyerang dan menggunakan tipu muslihat setiap buah catur sehingga saya sendiri mampu menebus kembali kekalahan saya untuk yang pertama kali. Dan sejak itu juga, saya mampu menewaskan sesiapa juga pihak lawan yang bermain catur dengan saya.. "Rasa macam hebat sahaja...huhuhu,...sikit-sikit boleh sahaja kalau mahu bermain..kalau banyak-banyak saya juga yang pening nanti.."

Tetapi apabila saya memasuki alam pekerjaan, dunia catur saya tinggalkan sehingga tahun ini. Apabila melihat kembali catur yang ada Restoran yang selalu kunjungi, saya sudah mula ingin bermain semula walaupun sudah hampir 10 tahun tidak bermain catur. Apa tidaknya...pemikiran yang lama dah tumpul...perlu diasah kembali supaya tidak tewas lagi...Kalau boleh, saya mahu mencari pihak lawan yang mempunyai idea yang kreatif dalam permainan catur ini supaya saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam permainan ini.

Walaubagaimanapun, saya mahu sertai pertandingan catur jika ada pertandingan catur. Saya ingin menguji sejauh mana saya mampu pergi dalam dunia percaturan ini.... Sebab selama ini saya hanya bermain untuk suka-suka sahaja... Sesiapa yang ada mendengar mengenai pertandingan catur....sila maklumkan pada saya disini..saya mahu sertai pertandingan itu....huhuhuhu.. sekian wassalam..

Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "Catur adalah permainan saya sejak kecil"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails