Faizal RIza. Powered by Blogger.
RSS
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Followers

Sunday, December 5, 2010

Salah Satu Hobi Kegemaran

Categories:



Salam pada semua,

kepada pembaca blog ini, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai hobi yang selalu saya lakukan atau aktiviti harian saya yang hampir setiap hari saya lakukan.

Pertama
Saya jenis suka minum air Nescafe tanpa mengira jumlah gelas yang saya mahu.


Kedua
Jika sehari saya tidak berada dihadapan komputer sama seperti saya kehilangan satu tugas yang menjadi rutin seharian. Rasa tidak seronok jika tidak dapat melayari internet untuk mendapatkan info.



Ketiga
Menyemak email setiap hari sudah menjadi satu tugas pada saya kerana setiap hari, ada sahaja email yang masuk dalam kotak email. Pelbagai jenis email yang saya terima, samada yang dikehendaki mahu pun tidak.

Keempat
Mengubahsuai atau berkongsi catatan didalam blog sama seperti yang sedang saya lakukan sekarang ini. Ini kerana saya sendiri mempunyai minat untuk mempelajari mengenai blog seperti ini walaupun tiada siapa yang mengajar saya mengenai blog ini. Nak buat macam mana kan.

Kelima
Saya suka makan satu menu yang sama setiap hari jika saya makan di kedai makan atau restoran. Tahu kenapa? sebabnya mudah, saya tak perlu susah-susah untuk buat pesanan makanan kerana kedai atau restoran itu sudah tahu apa yang saya mahu. Jadi saya telah memudahkan tugas mereka. walaupun ada juga yang bertanya, tidak jemu ke makan benda yang sama setiap hari? saya hanya berkata dengan mudah, tidak kerana makan apa pun tetap masuk dalam perut untuk mengalas perut. bukan untuk puaskan nafsu memenuhi kehendak perut. hehehe......

serba sedikit yang dapat saya kongsikan mengenai hobi seharian saya.

terima kasih... :)


Spread The Love, Share Our Article

Related Posts

No Response to "Salah Satu Hobi Kegemaran"

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails