Faizal RIza. Powered by Blogger.
RSS
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Followers

Saturday, July 24, 2010

Catur adalah permainan saya sejak kecil

Catur merupakan sebuah permainan yang menguji minda kita menyusun strategi tipu muslihat, menyerang dan bertahan. Jika kita masih baru didalam permainan ini, mungkin kita perlukan banyak perlawanan untuk mempelajari strategi penyusunan buah catur dan mencari kedudukan menyerang yang tidak dijangka oleh pihak lawan. Kadangkala permainan ini mampu membuatkan kita hilang kawalan dalam menyusun buah untuk menyerang sehingga kita terpaksa melarikan buah-buah catur penting ke tempat yang kita rasakan sesuai dan selamat.

Kita berbalik semula pada tajuk cerita saya kembali.... Saya mula bermain catur sejak berumur 14 tahun lagi. Tetapi, seperti pemain-pemain lain yang baru menjejakkan kaki ke dunia percaturan ini pasti akan kerap mengalami kekalahan yang teruk dan sentiasa gagal untuk menyerang buah catur pihak lawan. Boleh dikatakan hampir beratus kali juga saya tewas. Kekalahan itu tidak membuatkan saya berputus asa atau pun bosan untuk bermain. Daripada setiap perlawanan yang kalah itu, saya melihat bagaimana pihak lawan menyusun dan menyerang dan menggunakan tipu muslihat setiap buah catur sehingga saya sendiri mampu menebus kembali kekalahan saya untuk yang pertama kali. Dan sejak itu juga, saya mampu menewaskan sesiapa juga pihak lawan yang bermain catur dengan saya.. "Rasa macam hebat sahaja...huhuhu,...sikit-sikit boleh sahaja kalau mahu bermain..kalau banyak-banyak saya juga yang pening nanti.."

Tetapi apabila saya memasuki alam pekerjaan, dunia catur saya tinggalkan sehingga tahun ini. Apabila melihat kembali catur yang ada Restoran yang selalu kunjungi, saya sudah mula ingin bermain semula walaupun sudah hampir 10 tahun tidak bermain catur. Apa tidaknya...pemikiran yang lama dah tumpul...perlu diasah kembali supaya tidak tewas lagi...Kalau boleh, saya mahu mencari pihak lawan yang mempunyai idea yang kreatif dalam permainan catur ini supaya saya dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam permainan ini.

Walaubagaimanapun, saya mahu sertai pertandingan catur jika ada pertandingan catur. Saya ingin menguji sejauh mana saya mampu pergi dalam dunia percaturan ini.... Sebab selama ini saya hanya bermain untuk suka-suka sahaja... Sesiapa yang ada mendengar mengenai pertandingan catur....sila maklumkan pada saya disini..saya mahu sertai pertandingan itu....huhuhuhu.. sekian wassalam..

Friday, July 23, 2010

Nescafe minuman ku

Nampak sedap tetapi sememangnya lazat...jika orang yang tidak biasa meminumnya pasti tidak boleh tidur malam... itulah Nescafe...

Nescafe ini juga yang menjadi minuman harian saya selama ini. Sehari boleh dikatakan 5 gelas juga saya minum Nescafe..huhuhu kalau sudah namanya lazat..setiap masa minum pun tidak mengapa...

Thursday, July 22, 2010

Online Games yang paling saya minati



Inilah dia game yang saya minati sejak kebelakangan ini, Xdoa atau nama penuhnya dikenali sebagai Dispatch Of Army. Dikendalikan oleh server persendirian yang dimiliki oleh GM iaitu koreng. Game ini baru 3 bulan diaktifkan semula selepas GM korea menutup server Dispatch Of Army ini dan diambil alih oleh koreng bagi meneruskan game ini dimainkan. Walaupun Id lama saya baru rank V3 tetapi apa yang boleh saya buat....redha sahaja dengan penutupan Doa lama. 

Namun, dengan minat yang sukar dielakkan....( ayat skema) saya daftar juga Id baru selepas sebulan Xdoa muncul. Id saya sekarang iaitu Chakura83121 sudah pun berada pada tahap 1st Lieutenant iaitu 2 diamond. Rasanya lama lagi nak naik pangkat Captain kerana Exp masih jauh lagi. Maka, kekerapan bermain Xdoa ini perlu setiap hari. Game ini tidak sama seperti bermain Counter Strike atau lain-lain game kerana game ini ada perbezaan pada rank dan job kepada setiap pemain. Sebab itu saya suka sangat game ini.

Terima kasih kerana meneruskan game Xdoa. Selamat Maju Jaya. Harap-harap server ini tidak akan ditutup seperti Doa lama.

Wednesday, July 21, 2010

Apa saya buat semalam

Salam sejahtera...semalam tiada apa yang dituliskan disini..baru hari ini mahu post sesuatu untuk dikongsi bersama....... Apa agaknya yang saya buat semalam.. pada kebiasaannya setiap minggu juga saya akan ajak isteri pergi menyanyi di karaoke di Squre One Batu Pahat. Biasanya memang itu yang dia minta kalau dia rasa bosan atau sedih. Entah apa tabiat dia yang buat dia suka menyanyi bila bosan. Layan sahaja keinginan dia itu..kalau tidak nanti dia akan buat muka sedih hari-hari.

Balik daripada karaoke barulah saya buka kedai. Itu pun sudah jam 12 lebih...huhuhu..lambat pula buka kedai hari ini...semata-mata kerana isteriku... setelah semuanya selesai di kedai barulah saya keluar untuk selesaikan lain-lain urusan. Jika urusan yang luar tidak diselesaikan maka urusan lain akan tergendala...hahahaha...

Malam pula, sepatutnya saya pergi bermain badminton tetapi oleh kerana kawan-kawan yang lain tiada yang maklumkan samada jadi atau tidak bermain badminton pada malam ini, makan dibatalkan sahaja niat untuk bermain badminton... main sahaja permainan di Facebook....huhuhu layan bosan sahaja...

Tuesday, July 20, 2010

Wahh!!!...Dapat Wang Pos

Salam Petang untuk semua... hari ini saya ingin bercerita tentang wang pos ini. Dari mana dapat wang pos ini dan kepada siapa wang pos ini diberikan. Tentulah dari syarikat kepada saya. 

Agak-agak berapa jumlahnya ini?? Tidak banyak pun...sedikit sahaja. Hanya RM 810 sahaja. Cukupkan untuk pergi membeli-belah....bayar bil elektrik dan internet.

Program ini dah setahun saya masuk. Dan wang pos kali ini adalah level yang keempat. InsyaAllah bulan 10 ini dapat lagi. Dijangkakan jumlahnya cukup lumayan iaitu jeng....jeng.. cuba la teka..... 

Tapi yang jadi tidak seronok adalah wang pos itu dapat selepas Hari Raya Aidilfitri, Maka tidak dapatlah saya nak membeli-belah untuk hari raya.. Sedihnya!!!!!! 

Monday, July 19, 2010

Kuih-muih dan masakan Cap Hubby

Ini adalah masakan yang jarang-jarang orang buat...
Masakan ini saya gelarkan Sup Telur Goreng.. Macam pelik sahaja namanya tetapi isteri saya cakap "Sayang,   masakan ini memang sedap" bangga juga bila isteri kata masakan saya sedap.....huhuhu..

Yang ini pula kuih kedua yang saya buat iaitu Karipap Cap Hubby..hehehe..
Saiznya bukan seperti yang biasa kita jumpa di pasar-pasar malam tetapi lebih besar dari yang biasa...XXL saiz..Makan sebiji dah cukup buat perut kenyang...Nyum..Nyum!!!!

Kalau yang ini pula jangan terkejut kalau biasanya dibuat di restoran 24 jam..tetapi saya juga boleh buat..hahaha. Namanya Roti Nan Cap Hubby... boleh dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama kuah kari...LAZATnya....

Majlis Pernikahan Januari 2010

Salam sempoi dari saya.. En Faizal yang kini sudah pun bergelar seorang suami kepada isteri saya yang sah iaitu Norbaizura yang berasal dari Sarawak. Saya ini pula orang johor sahaja. sememangnya anak watan johor sejak lahir hingga kini. Menetap dan bekerja pun di Johor. Sebuah negeri yang banyak saya belajar suka duka kehidupan dari sebuah daerah ke sebuah daerah dalam Negeri Johor ini.

Dibawah ini adalah Gambar-gambar semasa Majlis Pernikahan Saya pada Januari 2010 
Ketika saya menunggu waktu Pelepasan Kapal Terbang LCCT ke Bintulu Sarawak 

Ha ha..inilah kreativiti saya..buat sendiri tempat letak wang Mas Kahwin dan Cincin nikah tapi yang ini belum siap lagi..baru separuh siap..

Jeng..Jeng!!! Inilah hasilnya setelah bersusah-payah buat sendiri bekas Wang Mas kahwin.. Terang-benderang nampak duit itu berada ditengah-tengah.. Jumlahnya... nak tahu? RM125 sahaja ...TUNAI...

Tengah bersiap-siap untuk majlis..Inilah Bakal Pengantin perempuan itu..Norbaizura...IsTeRiKu.. itu pun tak sabar nak bergelar isteri..hehehe...Rilekslah



Maka selesai lah majlis akad Nikah diantara Saya dan Isteri..beranikan saya..sudahlah pergi ke Sarawak seorang diri...Menikahkan pun saya seorang sahaja.. Anak Jantan lah katakan. Sempoiiii..............



Hahaha..inilah mertua saya..kanan dan kiri bersama isteri saya...Sempoiiii je..




Beli Jajan nak Beli JAJAN..Hahaha

Inilah dia Jajan yang dimaksudkan tadi...Apollo. Ini antara beberapa jenis Apollo yang saya suka beli. Tengok sedap!! Makan lagi Sedap kan!!!! Nyum..Nyum...

Yang ini pula gula-gula yang menjadi kegemaran saya dan pelanggan-pelanggan saya...saya sahaja yang kurang makan gula-gula tapi pelanggan yang suka makan sebab mereka ini kuat makan manis..

Donat Cap Hubby


Jeng...jeng!!!! hehehe...inilah Donat cap Hubby yang diberikan gelaran oleh isteri saya...nak tahu apa sebabnya...sebabnya donat ini saya yang buat dengan tangan saya sendiri iaitu merangkap suami kepada isteri saya...hehehe..jangan pelik kalau lelaki pun pandai juga buat kuih-muih.. malah mampu setanding dengan kaum wanita. Apabila gambar ini di upload ke facebook ramai plak yang komen..macam seronok sahaja tengok kuih tu..kalau dimakan lagi sedap dan enak..hahahaha...

Memandangkan rumah saya ini bersambung dengan cybercafe saya, maka saya pun minta pelanggan-pelanggan yang datang ke CC saya untuk merasa dan memberikan komen Donat Cap Hubby ini...("SEDAPKAN!!!") hehehe... memang sedap pun..yang kata tak sedap itu sebab ada yang tak dapat nak merasa Donat ini...hehehe....

Salam Perkenalan Pembuka Bicara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Apa Khabar anda sekarang? harap sihat-sihat selalu bersama dengan orang yang tersayang.

Hari ini merupakan hari pertama saya mencipta blog ini dan saya amat berharap blog ini akan dikunjungi oleh ramai pelawat dan diminati ramai...("biasalah tu..nak minta sokongan sahaja! hehehe")

Apa yang hendak saya ceritakan hari ini adalah cerita-cerita tentang saya seharian. Samada berkaitan tugas ataupun hobi atau apa-apa sahaja yang ada kaitan secara langsung ataupun tidak dengan kehidupan saya seharian.

Seperti orang lain juga yang ada rutin harian mereka sendiri, saya juga pun ada juga rutin harian tetapi saya tiada diari seperti sesetengah orang buat sebab saya tak suka menulis apatah lagi nak mengadap pen setiap masa. Salah satu hobi saya seperti inilah iaitu berblogging seperti blogger-blogger yang lain tetapi saya ini tiadalah hebat mana pun...sekadar untuk berlajar dan mencuba sesuatu yang baru.

Seperti hari ini juga saya juga bermain badminton pada setiap hari Ahad dan Selasa pada waktu malam. Apa yang seronoknya bermain badminton ini, kita dapat keluarkan peluh sentiasa sambil dapat mempraktikan bakat yang terpendam walaupun saya ini tiada bakat langsung bermain. hehehehe Satu malam sewa dewan sahaja RM10, belum lagi duit bola tangkis yang saya gunakan untuk bermain. Kadang-kadang itu, rajin pula tali raket putus. Boleh dikatakan hampir setiap bulan nak kena string tali baru. Lepak tu beb.....

Buat masa ini...apa yang ada saya coretkan sudah memadai untuk tatapan sementara pelayar internet yang berkunjung ke blog saya ini... Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca coretan pendek saya ini.
Related Posts with Thumbnails